Penulis Thread
1. Sila pastikan thread anda mengikut kategori yang disediakan
2. Terangkan sedalam-dalamnya matlamat penulisan thread anda di 1st posting. Jangan biarkan semua orang ternganga
3. Tidak dibenarkan thread berunsur politik, fitnah, menyentuh sensiviti kaum, agama, negara.
4. Sila bina thread yang berklasifikasi U. Forum ini dianggotai oleh segenap lapisan masyarakat.
5. Tidak dibenarkan menghina, provokasi, membuat serangan peribadi sesama forumers
Pembalas Thread/Thread Replier
1. Sila PM admin/mod sekiranya anda tidak bersetuju dengan tajuk yang dibincangkan. Jangan mencemuh thread starter
2. Sila hormati pandangan orang lain. Tidak bersetuju tidak mengapa tetapi semua orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing. Jangan sesuka hati halang orang lain beri pendapat yang berbeza dengan anda
3. Sila pastikan posting anda TIDAK mengandungi fakta yang tidak sahih atau mengelirukan. Walaupun anda berhak mengemukakan pendapat anda, tetapi anda tidak berhak mengeluarkan fakta songsang.
4. Jangan sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat peribadi sulit anda di sini seperti No tel, alamat rumah dll
5. Jangan melalut tak tentu pasal (lari tajuk). Lari 2-3 posting sekadar untuk meredakan ketegangan dimaafkan
6. Jangan gunakan perkataan yang tidak sesuai (mencarut, menghina dsb)
Important Rules!
1. Jangan paparkan gambar yang mengaibkan, lucah, berbentuk provokasi sama ada dalam posting ataupun sebagai avatar